Sunday, July 22, 2012

Program Seminar Skor A+ Biologi



Berpeluang menjadi fasilitator semasa program Seminar Skor A+ Biologi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok pada 30 Jun 2012. Rasa puas dan gembira kerana dapat mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar daerah Bachok...walaupun penat kerana sehari suntuk berdiri dan menerangkan kepada pelajar dengan suara yang serak-serak basah namun apabila pelajar-pelajar berpusu minta tandatangan fasilitator, rasa puas hati dan teramat gembira. Tak sabar pula menantikan giliran Daerah Kota Bharu pula.

Doktor Muda SMK Salor...








Amboi...masing-masing mengambil peluang untuk berposing..tak sangka apabila kamera terlepas ke tangan mereka, gambar yang diambil nampak menarik dan hidup..macam-macam idea untuk berposing..sebenarnya inilah antara barisan Doktor Muda yang terlibat dalam menjayakan Klinik Biologi di SMK Salor. cikgu amat menghargai sikap dan semangat anda yang komited sepanjang projek ini berlangsung. Cikgu amat berharap agar anda akan dapat menuai emas dalam SPM nanti...InsyaAllah...

Saturday, July 14, 2012

bengkel menjawab kertas 3


pada minggu ke dua cuti persekolahan baru-baru ini, satu perbengkelan menjawab kertas 3 telah diadakan. walaupun pelajar-pelajar ini, 4 Alpha bukanlah pelajar-pelajar kelas cikgu namun cikgu mengambil inisiatif untuk mendedahkan mereka dengan teknik menjawab kertas 3 dengan baik. kehadiran tidaklah membanggakan. pelajar yang hadir adalah pelajar-pelajar yang benar-benar ingin berjaya....amin