-adalah disebabkan oleh pengambilan gizi yang tidak seimbang, yang mana sesetengah nutrien adalah berkurangan atau berlebihan atau diambil dalam perkadaran yang tidak betul.
- Jika keadaan ini berterusan untuk jangka masa lama, kesihatan seseorang individu akan terjejas dengan teruk.
-Protein penting untuk pertumbuhan, membaiki tisu yang rosak, sintesis enzim, antibodi dan hormon. Turut membentuk hemoglobin yang penting dalam pengangkutan oksigen.
-Contoh kesan kekurangan protein;
- Terjadi penyakit Kwasyiorkor iaitu mengalami gejala kulit menggelupas, kulit bersisik, rambut halus, otot kurus, kehilangan selera makan dan perut membuncit akibat pengumpulan bendalir tisu. pertumbuhan kanak-kanak turut terbantut.
- Terjadi penyakit Marasmus. Biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun.Pesakit mengalami penyusutan badan yang sangat ketara akibat kekurangan protein dan ketiadaan nutrien yang membekalkan tenaga. Kanak-kanak menjadi sangat kurus dan kulitnya berkedut.
No comments:
Post a Comment