Sunday, July 22, 2012

Program Seminar Skor A+ Biologi



Berpeluang menjadi fasilitator semasa program Seminar Skor A+ Biologi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok pada 30 Jun 2012. Rasa puas dan gembira kerana dapat mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar daerah Bachok...walaupun penat kerana sehari suntuk berdiri dan menerangkan kepada pelajar dengan suara yang serak-serak basah namun apabila pelajar-pelajar berpusu minta tandatangan fasilitator, rasa puas hati dan teramat gembira. Tak sabar pula menantikan giliran Daerah Kota Bharu pula.

No comments:

Post a Comment