Cikgu sengaja memasukkan gambar-gambar Pengawas bagi menjelaskan betapa Pengawas mempunyai banyak jasa kepada pihak sekolah. Sesungguhnya cikgu amat menghargai bantuan dan keprihatinan Pihak Pengawas dalam membantu pihak sekolah...rasa sangat sedih kerana kemungkinan besar pada tahun hadapan, cikgu tidak lagi menjawat jawatan Setiausaha Pengawas bagi memberi laluan kepada guru-guru lain yang lebih proaktif, berdaya kreatif dan mempunyai banyak idea......
Wednesday, August 29, 2012
Pemilihan Pengawas 2013
Makluman; kepada pelajar-pelajar SMK SALOR yang berminat untuk menjadi Pengawas bagi sesi 2013, bolehlah mendapatkan borang bermula esok daripada Pn. Munirah Jaafar.
Friday, August 24, 2012
Persiapan Menghadapi Peperiksaan
Amalan sebelum tiba hari peperiksaan:
- Melakukan amalan-amalan fardhu dengan sempurna dan ikhlas serta banyak melakukan amalan-amalan sunat
-Selalu meminta keredhaan dan doa daripada ibu bapa dan guru
-Melakukan solat hajat. Sebaik-baiknya dilakukan selama 40 hari sebelum tibanya tarikh peperiksaan, ketika hari peperiksaan dan setelah selesai peperiksaan... Kekalkan amalan solat hajat ini sehinggalah keluar keputusan. Selalulah membaca selawat ke atas Nabi s.a.w semasa anda berjalan mahu ke sekolah, ke kantin, sementara menunggu guru datang daripada anda berborak kosong dan mengumpat.....

ketika keputusan sudah diterima....anda harus menerima keputusan dengan redha.
Sekiranya cemerlang dan memuaskan hati, sujudlah syukur ke hadrat Ilahi
sekiranya gagal, bersabarlah dan berusaha lagi....sesungguhnya kegagalan merupakan titik kejayaan dan pengajaran
dalam mencari ilmu, kita diumpamakan seperti mendaki gunung...
ada orang dengan mudah mendaki gunung dan sampai ke kemuncaknya....
ada orang yang terpaksa berjalan perlahan-lahan namun sampai juga ke kemuncaknya
dan ada orang yang terpaksa merangkak namun sampai jua ke kemuncaknya cuma agak perlahan....
tapi janganlah anda menjadi orang yang melihat tingginya gunung anda sudahpun tidak mahu langsung berusaha....
Jom...Tambah pengetahuan..
Mari kita belajar tentang enzim...
Contoh Soalan:
Dalam suatu proses penyediaan makanan, seorang surirumah telah melakukan langkah-langkah berikut:
langkah 1: perap kepingan daging dengan hirisan buah betik muda dalam besin
langkah 2: rendam besin itu ke dalam bekas berisi air pada suhu 40 degrees selama 30 minit.

untuk menjawab soalan ini, berikan perhatian kepada perkataan yang telah cikgu gelapkan...kemudian cuba fikirkan kaitannya dengan tajuk enzim.
Terangkan mengapa surirumah itu melakukan langkah 1 dan langkah 2?
- Kepingan daging bermaksud surirumah tersebut menghiris daging tersebut terlebih dahulu....fikirkan kaitannya dengan JLP (JUMLAH LUAS PERMUKAAN)
-Hirisan betik muda -fikirkan kaitan kandungan enzim yang terdapat dalam betik
-Air pada suhu 40 -kaitannya dengan suhu optimum bagi tindakan enzim yang maksimum
Sebelum cikgu berikan jawapan, mari kita lihat dahulu petua orang-orang lama bagaimana mahu melembutkan daging....
Daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara. Sebelum anda perap atau rebus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air di dalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yang lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
1. Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging dan simpan selama 1 jam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah anda potong mengikut citarasa masing-masing.
2. Potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolehlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
3. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan ke dalamnya. Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati di sesetengah pasar raya.
Haa...ini jawapannya:
- Betik mengandungi enzim papaian atau protease.
- cebisan dan kepingan daging serta betik muda menambahkan jumlah luas permukaan per isipadu
- untuk meningkatkan tindak balas enzim
-protease akan melembutkan daging
-direndam dalam air bersuhu 40 degrees kerana suhu tersebut adalah suhu optimum bagi tindak balas enzim
MotIVasi DiRi UntUK AnAk DiDIK yaNG akaN menDuDUki Trial SPM...
"Manusia berharap
terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi
kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan
kembali kerugian yang dideritainya."
"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai
berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus
asa."
"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke
mana-mana."
"Jika anda hilang
segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."
"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu,
yang mendatang hadapi dengan cemerlang."
"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat
orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan."
cara untuk mengekalkan kesihatan sistem otot rangka
Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan kesihatan sistem otot rangka iaitu;
- Mengamalkan diet yang seimbang dalam setiap hidangan yang anda makan seperti makanan yang kaya dengan protein, vitamin A, C, D dan mineral seperti kalsium, fosforus dan Ferum. Ini adalah untuk membina tulang yang kuat dan sihat manakala mineral seperti kalsium dan vitamin D pula adalah untuk mengelakkan Osteoporosis.
- Meminum air yang berfluorida juga menyebabkan tulang jadi rapuh. Tak percaya, baca ni....

A new study in the Journal of the American Dental Association finds once again that, contrary to what most people have been told, fluoride is actually bad for teeth.
Exposure to high levels of fluoride results in a condition known as fluorosis, in which tooth enamel becomes discolored. The condition can eventually lead to badly damaged teeth. The new study found that fluoride intake during a child’s first few years of life is significantly associated with fluorosis, and warned against using fluoridated water in infant formula.
- Pakai pakaian yang sesuai (longgar dan selesa). elakkan pakaian yang ketat dan kasut yang tinggi.
Baca ini.......
Menurut kajian, di dalam kelebihan pemakai bertumit tinggi ini terdapat juga kesan negatif diantaranya ialah:
- Jejaskan peluang untuk dapat anak
- Punca rambut gugur
- Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
- Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan, bahu menjadi sakit
- Boleh menyebabkan pening kepala, gangguan haid
Memakai Pakaian Ketat & Sempit
Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.
Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci.
- Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti cergas kerana sukan-sukan yang berisiko tinggi atau ekstrem seperti ragbi, lompatan dan sebagainya boleh menyebabkan tergeliat, terkehel, ketegangan dan terseliuh. Latihan dan senaman yang berterusan boleh menambahkan jisim tulang dan mengelakkan osteoporosis.
- Mengamalkan teknik-teknik yang betul dan selamat sewaktu melaksanakan aktiviti sukan dan senaman iaitu buat pemanasan badan sebelum bersenam dan penyejukan badan selepas bersenam.
Kebaikan memanaskan badan sebelum bersenam:
Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
- Mengamalkan postur tubuh yang betul
Thursday, August 23, 2012
Quotes on Quality
People forget how fast you did a job, but they remember how well you did it - Howard W Newton
It's quality rather than quantity that matters - Seneca
The quality of life is in the mind, not in material - Forbes
The quality of your thinking determines the quality of your life - Brian Tracy
Quality is essentially attention to every detail
The race to quality has no finish line
Tuesday, August 21, 2012
Algal bloom
Lihat dulu gambar-gambar ini.....
Gambar di atas menunjukkan Pantai di Qingdao, China dibanjiri oleh ALGA seluas 70 meter lebar dan 100 meter panjang. Gambar di bawah, warna merah juga adalah sejenis alga merah. Kalau anda ingat inilah yang dikatakan letusan alga (algal bloom). Pakar mengatakan ia tidak merbahaya kepada manusia tetapi mennyebabkan kesan yang dasyat kepada hidupan akuatik.
Alga (jamak Algae ) adalah sekumpulan organisma autotrof yang tidak mempunyai organ dengan perbezaan fungsi yang nyata. Alga bahkan boleh dianggap tidak mempunyai " organ"seperti yang dimiliki tumbuhan ( akar , batang , daun , dan sebagainya). Kerana itu, alga pernah digolongkan pula sebagai tumbuhan ber talus .
Istilah ganggang pernah dipakai bagi alga, tetapi sekarang tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kekacauan erti dengan sejumlah tumbuhan yang hidup di air yang lain, seperti Hydrilla .
Alga adalah dalam alam Protista. ia mempunyai nukleus yang nyata, merupakan unisel atau multisel.
ia mempunyai klorofil. Habitatnya ialah di kolam, tasik atau laut.
ini alah sejenis alga merah....
Aduhhh......sakit perutku....
Terdapat empat jenis masalah kesihatan yang berkautan dengan tabiat pemakanan yang tidak baik iaitu:
- Gastristis
- Anoreksia nervosa
- Obesiti
- Bulimia
Untuk entry kali ini, biarlah cikgu terangkan mengenai gastritis dahulu....
Tak kiralah orang itu lelaki ke..perempuan ke...semuanya akan mengalami gastritis jika tidak menjaga pemakanan dengan teratur dan baik....cikgu pun dah banyak kali terkena gastritis sampaikan tidak terbangun.
Apa iti GASTRITIS?
Gastritis ialah keadaan yang mana lapisan epitelium perut menjadi radang.
-Seperti yang anda ketahui sebelum ini, lapisan perut kita disaluti oleh mukus yang bertujuan untuk melindunginya daripada tindakan asid hidroklorik dan enzim pencernaan perut seperti pepsin dan rennin.
-Jus gastrik dirembes ke dalam lumen perut apabila seseorang berasa lapar. Jika makanan tidak dimakan pada waktu yang sepatutnya, contoh : anda sepatutnya makan pagi, tetapi anda tidak bersarapan maka,
asid hidroklorik dan enzim pepsin yang terdapat dalam jus gastrik akan mengakis lapisan epitelium perut.
-Ini menyebabkan mekanisme perlindungan perut terganggu dan menyebabkan lapisan dalamnya rosak.
-Ulser gastrik terbentuk apabila dinding perut berlubang.
Punca-punca kenapa berlakunya gastritis?
- Makan pada masa yang tidak menentu (alasan, sibuk la, tak lapar lagi )
-Mengambil kuantiti makanan yang berbeza setiap kali (kejap banyak, kejap sikit-sebab takut gemuk)
-Tabiat suka minum kopi, teh serta makanan dan minuman yang mengandungi kafeina.
-Merokok
-Kerap mengambil minuman beralkohol dan ubat tahan sakit
-Tekanan hidup-stress, jadi tiada selera makan
Selain dari tabiat pemakanan yang tidak teratur, kehadiran sejenis bakteria iaitu Helicobacter pylori juga boleh menyebabkan gastritis.
-Bakteria ini menyebabkan:

- dinding perut dan duodenum kehilangan lapisan penghalang musin
- menyebabkan radang perut
- merosakkan tisu perut. merosakkan lapisan mukus -menyebabkan lapisan dinding perut terdedah kepada tindakan asid dan enzim pepsin
sesetengah pesakit berjaya dirawat dengan menggunakan antibiotik yang memusnahkan bakteria tersebut
Gastritis boleh dirawat dengan:
- antasid-seperti natrium bikarbonat dan magnesium hidroksida untuk meneutralkan asid perut
-anti perembes- yang mengurangkan penghasilan asid hidroklorik dan pepesin oleh perut
Saturday, August 18, 2012
Baju Raya
Entry ni tak ada kaitan pun dengan biologi namun memandangkan anda semua tengah berkobar-kobar tak sabar nak bergaya dengan baju raya masing-masing, jadi cikgu buatlah entry ni...lain sikit entry ni...
Warna adalah satu tanda kekuasaan Allah Taala...perhatikan keindahan alam yang terdiri dari pelbagai warna yang mengasyikkan...warna juga menjadi faktor yang mengundang perasaan ceria dalam diri manusia...seperti kita melihat bunga-bunga yang berwarna-warni kembang mekar di taman sudah tentu memberikan perasaan bahagia, tenang dan hormani dalam jiwa...
Setiap orang condong kepada menyukai atau menggemari warna-warna mengikut citarasa tersendiri. Setiap warna mempunyai pengaruh kepada jiwa dan persepsi manusia..warna baju yang anda pilih untuk beraya juga biasanya anda beli kerana minat dan condong kepada citarasa...betul tak? Berhiaslah selagi mana tidak menyerupai kaum jahiliyyah dan bukan perhiasan yang tidak disukai Allah.
Jom, kita lihat personaliti diri berdasarkan warna baju pilihan anda...

warna kuning - ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka menjadi popular dan enjoy
biru muda - sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah berkorban, mudah beri kerjasama
Hijau - tenang, pemurah, berperikemanusiaan, kreatif, mengambil berat, banyak idea, pengasih, penyayang
putih - optimistik, suci, kedamaian, tak suka bergaduh, kurang kreatif, kadang-kadang membosankan, bersangka baik
perak/emas - kejayaan, positif, ceria, gigih
merah - kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat
coklat - matang, sihat, berdikari, tenang
hitam - ego, keyakinan diri, mudah hiba, iltizam yang tinggi, komited, serius, tak pandai berlawak
pink - penyayang, bersungguh-sungguh, ekstrim apabila fokus kepada sesuatu, sihat
last sekali, ada baju melayu...oren - suka kebebasan, aktif, agresif, sihat
Subscribe to:
Posts (Atom)