Tuesday, August 21, 2012

Aduhhh......sakit perutku....

Terdapat empat jenis masalah kesihatan yang berkautan dengan tabiat pemakanan yang tidak baik iaitu:

- Gastristis
- Anoreksia nervosa
- Obesiti
- Bulimia

Untuk entry kali ini, biarlah cikgu terangkan mengenai gastritis dahulu....



Tak kiralah orang itu lelaki ke..perempuan ke...semuanya akan mengalami gastritis jika tidak menjaga pemakanan dengan teratur dan baik....cikgu pun dah banyak kali terkena gastritis sampaikan tidak terbangun.

Apa iti GASTRITIS?

Gastritis ialah keadaan yang mana lapisan epitelium perut menjadi radang.



-Seperti yang anda ketahui sebelum ini, lapisan perut kita disaluti oleh mukus yang bertujuan untuk melindunginya daripada tindakan asid hidroklorik dan enzim pencernaan perut seperti pepsin dan rennin.
-Jus gastrik dirembes ke dalam lumen perut apabila seseorang berasa lapar. Jika makanan tidak dimakan pada waktu yang sepatutnya, contoh : anda sepatutnya makan pagi, tetapi anda tidak bersarapan maka,
asid hidroklorik dan enzim pepsin yang terdapat dalam jus gastrik akan mengakis lapisan epitelium perut.
-Ini menyebabkan mekanisme perlindungan perut terganggu dan menyebabkan lapisan dalamnya rosak.
-Ulser gastrik terbentuk apabila dinding perut berlubang.

Punca-punca kenapa berlakunya gastritis?
- Makan pada masa yang tidak menentu (alasan, sibuk la, tak lapar lagi )
-Mengambil kuantiti makanan yang berbeza setiap kali (kejap banyak, kejap sikit-sebab takut gemuk)
-Tabiat suka minum kopi, teh serta makanan dan minuman yang mengandungi kafeina.
-Merokok
-Kerap mengambil minuman beralkohol dan ubat tahan sakit
-Tekanan hidup-stress, jadi tiada selera makan

Selain dari tabiat pemakanan yang tidak teratur, kehadiran sejenis bakteria iaitu Helicobacter pylori juga boleh menyebabkan gastritis.

-Bakteria ini menyebabkan:

  •  dinding perut dan duodenum kehilangan lapisan penghalang musin
  • menyebabkan radang perut
  • merosakkan tisu perut. merosakkan lapisan mukus -menyebabkan lapisan dinding perut terdedah kepada tindakan asid dan enzim pepsin


sesetengah pesakit berjaya dirawat dengan menggunakan antibiotik yang memusnahkan bakteria tersebut

Gastritis boleh dirawat dengan:
- antasid-seperti natrium bikarbonat dan magnesium hidroksida untuk meneutralkan asid perut
-anti perembes- yang mengurangkan penghasilan asid hidroklorik dan pepesin oleh perut


1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete