Wednesday, August 15, 2012

MENGHADAPI PEPERIKSAAN DALAM MOOD BERHARI RAYA


Peperiksaan percubaan akan tiba....sekarang ni mood berhari raya melonjak-lonjak....namun harus diingat, peperiksaan menguji pencapaian anda dalam pembelajaran..Cuba gambarkan bahawa penat lelah anda selama 2 tahun mempelajari Biologi hanya akan diuji dalam masa 1 atau 2 jam sahaja....jadi, pencapaian di dalam masa 1 atau 2 jam ini mesti menggambarkan pencapaian anda selama 2 tahun belajar Biologi. Oleh itu, anggaplah peperiksaan sebagai KRITIKAL dan SUPER PENTING!

 


Anda mestilah:

anggap peperiksaan adalah suatu yang normal dan jangan khuatir untuk menghadapinya.
buat persiapan awal dari segi mental dan fizikal....berpada-pada dalam menyambut Hari Raya...buku jangan dilupa.
bersedia juga dari segi fizikal dan kesihatan....jangan paksa diri untuk menelaah kalau diri anda sudah penat.
ingat tanggungjawab diri untuk memenuhi harapan  ibu bapa dan guru.....ibu bapa dan guru akan mengalirkan airmata atas kejayaan dan kegagalan anda.
sentiasa motivasi diri dan ingat, KALAU ORANG LAIN BOLEH, AKU PUN BOLEH CEMERLANG!

No comments:

Post a Comment