Telah berlaku letupan pada sebuah loji nuklear. Letupan loji nuklear dengan kekuatan berskala 7 itu adalah yang paling buruk pernah direkodkan dalam sejarah. Letupan itu telah membebaskan terlalu banyak radiasi nuklear di udara sehingga membawa ke negara-negara sebelah Rusia Timur (Soviet Union), Eropah Barat, Berdekatan dengan loji nuklear itu terdapat sebuah bandar yang dinamakan Bandar Pripyat. Kerajaan Soviet pada masa itu telah mengeluarkan arahan pemindahan penduduk secara besar-besaran dan telah membuat pengumuman darurat di Eropah Timur dan Eropah Utara. Penduduk diarahkan meninggalkan kediaman mereka serta-merta.
Usaha yang dilakukan oleh Soviet Union bagi menyelamatkan penduduk dari ancaman radiasi nuklear akibat dari letupan loji tersebut bagaimana pun tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Ramai penduduk yang tidak dapat diselamatkan mati akibat menerima kesan radiasi nuklear yang terlalu banyak.
Sudah hampir 26 tahun kejadian itu berlaku. Walaupun begitu kesan radiasi nuklear akibat dari peristiwa letupan loji nuklear itu masih wujud sehingga sekarang. Ini menyebabkan bandar itu menjadi lengang tidak berpenghuni. Ada kajian mengatakan kesan radiasi nuklear itu akan hilang sepenuhnya setelah 100 tahun. Ini bermakna selepas 100 tahun barulah bandar itu akan wujud semula.
akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah.
No comments:
Post a Comment