Wednesday, August 15, 2012

Rumah Burung Hantu

Seramnya tajuk di atas.....menakutkan....bila cikgu buat entry pasal burung hantu ni, teringat kisah membesarkan anak lelaki, Adlil dan Azryl yang takut pada burung hantu waktu mereka kecil-kecil dulu..waktu tu diaorang berumur dalam 4 tahun macam tu...mereka mula kenal dengan burung hantu selepas tengok siri cd kartun Thomas Train...ada burung hantu...selepas tu, setiap kali jumpa gambar atau buku mengenai burung hantu mesti diaorang menyanyikan lagu boo..bo...cho..cho....sampaikan jumpa buku mengenai Adelaide Sang Burung Hantu di Pesta Buku Kelantan, pun Adlil suruh beli..
tapi, bukan pasal tu yang cikgu nak cerita...cikgu nak analisis soalan SPM TAHUN 2009 ESEI

SOALANNYA:
Seorang peladang mendapati apabila bilangan tikus bertambah, hasil buah kelapa sawit berkurangan. cadangkan bagaimana peladang itu dapat mengawal populasi tikus tanpa menggunakan racun perosak. terangkan bagaimana kaedah itu berfungsi. (5m)

Jawapannya:
- gunakan kaedah kawalan biologi
- yang melibatkan hubungan mangsa dan pemangsa.
-di mana pemangsa ialah ular/burung hantu/ digunakan untuk menangkap mangsa atau tikus
-menyebabkan populasi tikus berkurangan
-pemangsa yang digunakan haruslah tidak membahayakan pokok kelapa sawit.
-interaksi mangsa dan pemangsa akan memastikan populasi masing-masing dikawal atur dalam bentuk kitaran yang akan mengekalkan populasi kedua-dua organisma dalam keseimbangan dinamik.

sedikit maklumat mengenai Kawalan Biologi
kaedah Kawalan Biologi adalah bersih, selamat dan mesra alam. Kawalan Biologi akan dapat mengawal pencemaran alam kerana tidak lagi perlu menggunakan racun.
Burung Hantu atau nama saintifiknya Tyto alba adalah burung predator yang makan daging dan ikan di sekitar kawasan kebun dan sawah padi. 

No comments:

Post a Comment