Wednesday, August 15, 2012

gerak balas sistem respirasi dan kadar respirasi manusia dalam situasi berbeza

Di altitud yang tinggi
- Altitud yang tinggi bermakna anda berada di puncak gunung.
-tekanan atmosfera adalah rendah. Ini menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
-Tekanan separa oksigen yang rendah dalam atmosfera menyebabkan aras oksigen dalam darah kita akan jatuh/rendah menyebabkan seseorang berasa pening, loya, rasa ingin muntah dan sakit kepala.
-selepas beberapa hari, badan akan menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Melakukan aktiviti cergas
Semasa anda melakukan aktiviti cergas tidak kiralah anda menari, berenang, bermain badminton seperti Datuk LCW atau terjun 10m Pandalela...hehe..., badan anda memerlukan lebih banyak tenaga. Ini akan diperolehi daripada respirasi sel. 
-Pengoksidaan glukosa untuk membekalkan tenaga semasa respirasi sel memerlukan oksigen.
-Oleh itu, semasa anda melakukan aktiviti cergas, kadar respirasi meningkat untuk menampung keperluan tenaga yang dikehendaki oleh anda. 
-Ini menyebabkan kadar pernafasan turut meningkat bagi mempercepatkan pertukaran gas.
-Lebih banyak oksigen diserap dan lebih banyak karbon dioksida disingkirkan.
-Kadar denyutan jantung juga meningkat supaya lebih banyak darah dapat dipam untuk mengangkut banyak oksigen dan glukosa ke tisu badan untuk penguraian glukosa bertujuan untuk hasilkan tenaga.
-karbon dioksida yang dibebaskan semasa respirasi sel juga dapat diangkut dengan cepat oleh darah ke peparu.
Dalam Ketakutan
-Apabila anda takut, kadar pernafasan anda akan meningkat. supaya lebih banyak oksigen dapat disedut.
-pada masa sama, kadar denyutan jantung meningkat supaya lebih banyak oksigen dan glukosa dapat diangkut oleh darah ke tisu.....jeng..jeng...persediaan nak lari...
-kadar respirasi sel yang tinggi akan menghasilkan tenaga tambahan untuk membantu anda bertindak
-pada masa sama, rembesan hormon Adrenalin bertambah. hormon ini akan membantu meningkatkan kadar denyutan jantung, menambah pengaliran darah ke otot serta meransang penukaran glikogen kepada glukosa.
-sebab itu, bila kita dah takut, bila kita lari, kita pun rasa tak percaya yang kita boleh lari laju menyamai Usin Bolt...hehe..


13 comments:

  1. Kalau boleh sila masukkan mekanisme pengawalan gas oksigen dalam darah semasa mendaki gunung

    ReplyDelete
  2. "sedang menyelam di laut yang dalam" juga dpt meningkatkan kadar pernafasan

    ReplyDelete
  3. bole saya tanya apa yang jadi kepada kecekapkan pertukaran gas oksigen dalam badan mnusia pada altitud yang tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe it will increase sebab kadar pernafasan kita kan meningkat . In a same time , of course lah kalau hormon adrinelina yg dirembeskan meningkatkan kadar pernafsan . Betul tak ?? Hehehe

      Delete
  4. So amazingπŸ‘πŸ‘
    I like this information 😘

    ReplyDelete