Monday, June 4, 2012

Ciri-ciri pelajar cemerlang

Antara ciri-ciri pelajar yang cemerlang:
1. Mempunyai niat yang betul iaitu belajar kerana Allah, kerana ingin mencari keredhaanNya.
2. Memiliki jadual waktu dalam hidup. Bermula dari awal pagi hingga tidur malam.
3. Waktu baginya sangat bernilai dan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
4. Pandai menilai perkara-perkara yang buruk dan harus dijauhi. Suka melakukan perkara yang diredhai Allah.
5. Cintakan ilmu pengetahuan. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Berusaha mencari jawapan kepada setiap persoalan. Jika tidak faham, segera bertanya pada yang arif.
6. Mempunyai sifat bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Mesti sanggup berkorban harta, masa dan tenaga. Elakkan banyak bercakap daripada melakukan tindakan. Orang yang hanya bercakap dan mengeluh tetapi tidak berusaha mencari penyelesaian adalah orang yang rugi.
7. Menjaga kesihatan dan pemakanan. Hanya makan benda-benda halal dan amalkan pemakanan yang sihat. Jaga kesihatan dan beriadah pada waktu petang.
8. Hasil kerja memiliki kualiti yang tinggi nilainya. Ramai pelajar suka melakukan kerja sekadar melepaskan batuk ditangga.
9. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah

No comments:

Post a Comment