Friday, June 8, 2012

Malnutrisi-kesan kekurangan protein

MAKSUD MALNUTRISI:
-adalah disebabkan oleh pengambilan gizi yang tidak seimbang, yang mana sesetengah nutrien adalah berkurangan atau berlebihan atau diambil dalam perkadaran yang tidak betul.
- Jika keadaan ini berterusan untuk jangka masa lama, kesihatan seseorang individu akan terjejas dengan teruk.
-Protein penting untuk pertumbuhan, membaiki tisu yang rosak, sintesis enzim, antibodi dan hormon. Turut membentuk hemoglobin yang penting dalam pengangkutan oksigen.
-Contoh kesan kekurangan protein;
  •  Terjadi penyakit Kwasyiorkor iaitu mengalami gejala kulit menggelupas, kulit bersisik, rambut halus, otot kurus, kehilangan selera makan dan perut membuncit akibat pengumpulan bendalir tisu. pertumbuhan kanak-kanak turut terbantut.
  • http://i1-news.softpedia-static.com/images/news2/7-Environmental-Factors-Killing-People-2.gif 
  •  Terjadi penyakit Marasmus. Biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun.Pesakit mengalami penyusutan badan yang sangat ketara akibat kekurangan protein dan ketiadaan nutrien yang membekalkan tenaga. Kanak-kanak menjadi sangat kurus dan kulitnya berkedut.
  • http://trialx.com/curetalk/wp-content/blogs.dir/7/files/2011/05/diseases/Marasmus-2.jpg

No comments:

Post a Comment

Post a Comment