Monday, June 4, 2012

Guru Bermotivasi, Pelajar Cemerlang

Guru yang mempunyai motivasi adalah guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha memajukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menggerakkan pelajar-pelajarnya.
Pelajar-pelajar yang bermotivasi pula adalah pelajar yang menaruh minat mahu belajar. Mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Mereka juga aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bergerak dan sedia menerima arahan guru.
Guru yang berjaya dalam mendidik pelajar adalah guru yang menerima cabaran kerja sebagai motivasi bagi mereka bekerja dengan lebih kuat lagi bagi mempertingkatkan prestasi mereka. Apabila mereka mendapat hasil yang baik dari usaha yang bersungguh-sungguh itu, bererti guru tersebut memperolehi motivasi yang berterusan.

No comments:

Post a Comment