Tuesday, August 21, 2012

Algal bloom


 Lihat dulu gambar-gambar ini.....

Pantai di China di selimuti alga hijau



Gambar di atas menunjukkan Pantai di Qingdao, China dibanjiri oleh ALGA seluas 70 meter lebar dan 100 meter panjang. Gambar di bawah, warna merah juga adalah sejenis alga merah. Kalau anda ingat inilah yang dikatakan letusan alga (algal bloom). Pakar mengatakan ia tidak merbahaya kepada manusia tetapi mennyebabkan kesan yang dasyat kepada hidupan akuatik.


Alga (jamak Algae ) adalah sekumpulan organisma autotrof yang tidak mempunyai organ dengan perbezaan fungsi yang nyata. Alga bahkan boleh dianggap tidak mempunyai " organ"seperti yang dimiliki tumbuhan ( akar , batang , daun , dan sebagainya). Kerana itu, alga pernah digolongkan pula sebagai tumbuhan ber talus .
Istilah ganggang pernah dipakai bagi alga, tetapi sekarang tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kekacauan erti dengan sejumlah tumbuhan yang hidup di air yang lain, seperti Hydrilla .
Alga adalah dalam alam Protista. ia mempunyai nukleus yang nyata, merupakan unisel atau multisel.
ia mempunyai klorofil. Habitatnya ialah di kolam, tasik atau laut.
ini alah sejenis alga merah....


No comments:

Post a Comment