Wednesday, August 15, 2012

Tambahkan pengetahuan anda sekarang


Perhatikan gambar di atas....Adakah pelajar-pelajar tahu nama apakah bunga ini?
Ok, sedikit maklumat mengenai bunga ini... kemudian cuba kita analisis soalan SPM tahun 2009 no. 7(a)

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram. Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dancahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
 Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesiadan juga negeri Sabah di Malaysia.
Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

SOALAN SPM:


Namakan dan huraikan interaksi yang ditunjukkan dalam rajah: (4m)

jawapan:
-nama interaksi: parasitisme
-huraian : 
- organisma ini ialah bunga Rafflesia sp. mendapat untung dengan hidup serta memperolehi nutrien daripada perumah hidup iaitu pokok. ia akan menyebabkan kerugian atau keburukan serta melemahkan perumah, pokok yang ditumpang di sepanjang proses tersebut berlaku. ia menggunakan akar yang telah diubahsuai menjadi tiub-tiub halus yang panjang yang akan memasuki tumbuhan perumah lalu menyerap nutrisi daripada tumbuhan perumah.

No comments:

Post a Comment