Wednesday, August 15, 2012

Sains Sukan....ada yang berminat ke??

Program pengajian yang ditawarkan di fakulti ini berteraskan konsep integrasi antara bidang pedagogi dengan disiplin mata pelajaran di sekolah dengan kegiatan sukan. Masyarakat kini memberi harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan negara agar setanding dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan sebenarnya bermula dari peringkat sekolah.

Sehingga kini, lapan IPT sudah menawarkan program berasaskan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani pada peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga Ijazah Doktor Falsafah. 
Langkah itu membuktikan komitmen tinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan agensi berkaitan bagi membangunkan bidang berkenaan. 

Antara IPT yang menawarkan program pengajian Sains Sukan ialah Universiti Malaya (UM); Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Industri Selangor (UniSel). 


Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.
Antara syarat kelayakan untuk UITM
Sarjana Muda Pengurusan Sukan dengan Kepujian
SR221 / EA26
6 Semester
Program Bertemu duga
 
Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian
SR223 / EA25
6 Semester
Program Bertemu duga
 
Syarat Am Universiti
  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mendapat sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00.
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00.
    Lulus SPM / Setaraf dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik / Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / S ains Tambahan / Sains / Pengetahuan Sains Sukan serta lulus tahap (2) dua Sains Sukan, Skim Persijilan Kerujulatihan Kebangsaan (SPKK) dan memiliki (5) lima tahun atau lebih pengalamansebagai jurulatih / pentadbir sukan
      

    DAN
      
     Lulus temuduga dan ujian kecergasan yang dikendalikan oleh Fakulti
      
     ATAU
      
     Lulus SPM / Setaraf dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu / Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik / Matematik Tambahan / Fizik/ Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains / Pengetahuan Sains Sukan serta sedang mewakili Negara dalam sukan dengan tidak kurang dari (5) tahun penglibatansebagai atlet Negara selepas menduduki peperiksaan SPM / Setaraf
      
     DAN
      
     Lulus temuduga dan ujian kecergasan yang dikendalikan oleh Fakulti

Untuk universiti lain-lain, anda bolehlah goole sendiri ye....apa-apapun best juga Sains Sukan ni terutama kepada pelajar yang aktif sukan. Pada tahun 2010, cikgu pernah dibawa melawat ke tempat pengajian sains sukan di USM. Waktu itu cikgu terlibat sebagai fasilitator untuk program Junior Scientist...jadi pegawai di situ bawa cikgu dan rakan-rakan melawat ke beberapa pusat pengajian sementara menanti pelajar-pelajar buat eksperimen. Beliau meminta cikgu dan rakan-rakan supaya mempromosikan bidang kerjaya selain bidang perubatan seperti diatetik, sains sukan, forensik dan sebagainya...Bertuahnya pelajar-pelajar sekarang kerana bidang sains berkembang dengan pesat. Banyak bidang pengajian yang menarik dan mencabar ditawarkan.


PROSPEK KERJAYA

Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:
  • Pendidikan Sukan
  • Jurulatih Sukan
  • Pakar Motivasi Sukan
  • Editorial Sukan
  • Pengurusan Sukan
  • Perancangan Kejohanan
  • Konsultan Sukan

19 comments:

  1. assalamualaikum.. saya ingin meminta pendapat puan mengenai bidang sain sukan ini.. saya memiliki diploma pemasaran dan telah membuat permohonan ijazah sain sukan(psikologi sukan) di upsi.. dan telah tawaran tersebut telah pun saya terima.. tinggal saya perlu megesahkan tawaran tersebut sama ada menerima ataupun tidak..apakah pendapat puan, perlukah saya menerima atau menolak.. kerana bidang sain sukan ini adalah bidang baru bagi saya... pendapat puan amat saya hargai.. terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Salam..sy cume nk tnye jika kita memg mengambil subjek sains sukan di sekolah tetapi seorg perempuan yg tidk begitu aktif dlm sukan & bukanlh brgelar seorang atlet adakah susah utk smbg belajar di universiti dgn mengmbil kos sains sukan??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak , nama sy Faizan kak, sy just nak tnye, sy ade dpt temuduga untuk Diplomla Pengajian Sukan di uitm, dan disitu sy juga diberitahu ada dua sesi semasa temuduga, sesi 1, dan sesi 2 . Sesi 1 di sebelah pagi sy peru membuat beberapa latihan ujian kecergasan fizikal, sy cuma nak tahu, ujian apakah yg dimaksudkan itu? Tolong kak? Expain please?? :)

    ReplyDelete
  4. saya nk jadi fisiologu sukan,tapi kelas saya tiada subjek bio,kimia,fizik,add math..tetapi ada subjek s.sukan....boleh ke jadi fisiologys?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. As'salam . saya lepasan stpm tahun ni . smasa sekolah mnengah saya tiada mgmbil subjek add math dan ktika form6 jg sya tiada ambil sbjek sains sukan sbb tiada dlm class sya . ttpi saya aktif dlm sukan sjak sekolah rndah dan mjadi atlet sekolah rendah hingga ke sekolah mnengah . ada ka saya layak mgambil kos sains sukan ?? Sya mohon pndapat admin . email sya di effarizan9@gmail.com . trima kasih

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum. saya minat dengan kos ni. dah semak kelayakkan dah pon and okay semua. pilihan pertama upu saya letak pengajian sukan. tapi upu xde satu pon dapat. sedihh jugakla.

    ReplyDelete
  8. Good info... Pn. Munirah.... Sek tmpt pn mengajar ada subjek sains sukan spm tak? Kalau ada bole minta share soalan trial sains sukan ngri kelantan.... Nanti sy share soalan sabah. Ni email sy reen2463@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum admin...sy seorang anggota tentera....di dalam angkatan tentera darat diraja malaysia sy seorang jurulatih jasmani yn mrnentukan tahal kecerfasan fizikal dan mrntal seorang anggota tentera itu....di dalam masa yang sama sy berminat dengan pengajian sains sukan...boleh ke seorang anggota tentera macam sy melanjutkan pelajaran di dalam bidang sains sukan...supaya sy boleh meningkatkan lagi kemahiran sy sebagai jurulatih jasmani
    Di sini sy tinggal kan email dan no telifon supaya sy dapat jaeapan dati pihak admin terima kasih
    chiqhacq@gmail.com
    016-4942942
    Muhamad zaher bin zulkifli

    ReplyDelete
  10. Kalau tak amik course sains sukan tak boleh ke ?

    ReplyDelete
  11. saya nak tnya, kalau kita amek kos kat poli elektrik lepastu nak sambung dalam kos sains sukan boleh ke....?
    saya ada asas sains sukan masa from 4,5...
    boleh ke???

    ReplyDelete
  12. Salam. Kalau dari diploma sains , boleh ke apply sains sukan?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..saya pelajar stpm tahun ni..,sekirang cgpa saya tidak melebihi syarat yang ditetapkan . boleh ke saya memohon dalam bidang ini ?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..saya pelajar stpm tahun ni..,sekirang cgpa saya tidak melebihi syarat yang ditetapkan . boleh ke saya memohon dalam bidang ini ?

    ReplyDelete
  15. Assalam .. nak tanya .. kalau spm .. ambik subject sains sukan .. tapi tak amik addmath boleh apply diploma sains sukan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah boleh yakin dgn usaha dan rezeki kehh jgn givap;)

      Delete
  16. Assalam.. sy nak tnya.. kalau dari kursus sains sukan tahap iii & Viva mcm Mana pulak?? Boleh apply diploma atau degree dalam sains sukan Tak?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,saya nk tny apa beza pengajian sukan dengan pegurusan sukan&rekreasi??

    ReplyDelete
  18. salam.. saya telah mengambil bidang sains tulen dalam spm. Saya ada 2 cabang sama ada minat kepada sains perubatan ataupun sains sukan? saya minat kedua2 nya. Dan juga saya aktif bersukan. But the way, saya tidak ambil subjek sains sukan di sekolah. Apakah patut saya pilih sama ada medic or sains sukan. saya tidak mahu melepaskan aktiviti sukan saya terlepas. Dan masa yang sama, saya begitu minat dalam medic. Apa pendapat cik?

    ReplyDelete