Friday, August 24, 2012

cara untuk mengekalkan kesihatan sistem otot rangka

Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan kesihatan sistem otot rangka iaitu;

 - Mengamalkan diet yang seimbang dalam setiap hidangan yang anda makan seperti makanan yang kaya dengan protein, vitamin A, C, D dan mineral seperti kalsium, fosforus dan Ferum. Ini adalah untuk membina  tulang yang kuat dan sihat manakala mineral seperti kalsium dan vitamin D pula adalah untuk mengelakkan Osteoporosis.


- Meminum air yang berfluorida juga menyebabkan tulang jadi rapuh. Tak percaya, baca ni....


A new study in the Journal of the American Dental Association finds once again that, contrary to what most people have been told, fluoride is actually bad for teeth.
Exposure to high levels of fluoride results in a condition known as fluorosis, in which tooth enamel becomes discolored. The condition can eventually lead to badly damaged teeth. The new study found that fluoride intake during a child’s first few years of life is significantly associated with fluorosis, and warned against using fluoridated water in infant formula.


- Pakai pakaian yang sesuai (longgar dan selesa). elakkan pakaian yang ketat dan kasut yang tinggi.
Baca ini.......

Menurut kajian, di dalam kelebihan pemakai bertumit tinggi ini terdapat juga kesan negatif diantaranya ialah:
  1. Jejaskan peluang untuk dapat anak
  2. Punca rambut gugur
  3. Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan  kesuburan wanita
  4. Menyebabkan  leher, lutut, sendi, tulang belakang dan, bahu menjadi sakit
  5. Boleh menyebabkan pening kepala, gangguan  haid

Memakai Pakaian Ketat & Sempit
Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.
Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci.

- Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti cergas kerana sukan-sukan yang berisiko tinggi atau ekstrem seperti ragbi, lompatan dan sebagainya boleh menyebabkan tergeliat, terkehel, ketegangan dan terseliuh. Latihan dan senaman yang berterusan boleh menambahkan jisim tulang dan mengelakkan osteoporosis.



- Mengamalkan teknik-teknik yang betul dan selamat sewaktu melaksanakan aktiviti sukan dan senaman  iaitu buat pemanasan badan sebelum bersenam dan penyejukan badan selepas bersenam.

Kebaikan memanaskan badan sebelum bersenam:
Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
- Mengamalkan postur tubuh yang betul


1 comment: