Thursday, August 16, 2012

Hujan Asid


PUNCA PEMBEBASAN GAS BERASID IALAH:
- Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, udara dan gas di stesen jana kuasa, kawasan perindustrian dan kenderaan bermotor.
-Ini akan membebaskan gas berasid (SONO) iaitu sulfur dioksida dan oksida nitrogen (english: nitrogen oxides) ke atmosfera.
-Kedua-dua gas ini larut dalam air hujan lalu membentuk asid sulfurus, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik yang akan turun sebagai hujan asid.
-Nilai ph air hujan yang berasid ialah kurang daripada 5.0.

KESAN HUJAN ASID

1. KESAN KE ATAS AKTIVITI PERTANIAN
-Tanah menjadi sangat berasid. Tidak sesuai untuk aktiviti penanaman.
-Daun tumbuhan bertukar menjadi kuning dan gugur. Akar tumbuhan menjadi rosak dan tidak dapat menyerap garam mineral. Akhirnya, tumbuhan mati.
-Hujan asid melarutresapkan nutrien seperti kalsium dan magnesium dari tanah. Ini menyebabkan pertumbuhan tumbuhan terganggu. Lalu turut membunuh pengurai dalam tanah.


2. KESAN KE ATAS EKOSISTEM AKUATIK
-Hujan Asid menyebabkan logam seperti besi, kuprum dan aluminium terkakis lalu mengalir serta berkumpul di dalam tasik dan kolam.
-Kepekatan ion logam yang tinggi serta bertoksik menyebabkan organisma akuatik terbunuh.
-Haiwan dan tumbuhan akuatik juga akan mati sekiranya nilai ph sungai atau kolam berubah bawah nilai ph 5.5. Menyebabkan rantai makanan di habitat ini terganggu.



3. KESAN KE ATAS BANGUNAN
-Struktur binaan dan jambatan yang diperbuat daripada besi akan terkakis.
-Batu kapur, marmar juga mudah terkakis


4. KESAN KE ATAS KESIHATAN
-Tanah berasid membebaskan ion logam berat seperti kadmium, plumbum, merkuri dari tanah lalu melarut resap ke dalam sungai, tasik, kolam.
-Seterusnya pemendapan logam berat berlaku dalam sumber air tersebut dan mencemarkan sumber aip paip yang disalurkan kepada penduduk di kawasan sekitar.

Acid rain is happening in europe. Mainly in rome because huge factories are causing things that if you mix with water makes acid,The clouds form water. when the water gets Evaporated acids from the factories goes in the clouds mixes with the rain and causes Acid rain.

Read more: http://wiki.answers.com/Q/Where_is_acid_rain_happening#ixzz23lGHJHLP

No comments:

Post a Comment