Sunday, August 12, 2012

Anai-anai....



Salur alimentari anai-anai
Anda tentu tahu makanan utama anai-anai bukan? sudah tentu makanan kegemaran anai-anai ialah kayu yang sudah tentu mengandungi selulosa.
Namun begitu, anai-anai tidak berupaya menghasilkan enzim selulase untuk mencernakan selulosa.
Oleh itu, terdapat sejenis protozoa berflagelum iaitu Trichonympha sp. yang hidup di dalam salur alimentari anai-anai. Protozoa ini merembeskan enzim selulase untuk mencernakan selulosa dalam salur alimentari anai-anai kepada gula ringkas. Hubungan ini diistilahkan sebagai Mutualisme....Ingat tak apa itu mutualisme???
Mutualisme ialah apabila kedua-dua organisma sama-sama mendapat keuntungan dalam interaksi ini. Sekiranya protozoa Trichonympha membantu anai-anai menghasilkan enzim untuk mencernakan selulosa, apa pula yang akan diperolehi oleh protozoa itu daripada anai-anai???
Sebahagian gula ringkas dapat digunakan oleh protozoa ini dan sebahagian lagi digunakan oleh anai-anai tadi dan ia hanya dapat hidup dalam usus anai-anai. Ia tidak dapat hidup dalam persekitaran yang lain.

No comments:

Post a Comment