Friday, August 24, 2012

Jom...Tambah pengetahuan..

Mari kita belajar tentang enzim...
Contoh Soalan:

Dalam suatu proses penyediaan makanan, seorang surirumah telah melakukan langkah-langkah berikut:
langkah 1: perap kepingan daging dengan hirisan buah betik muda dalam besin
langkah 2: rendam besin itu ke dalam bekas berisi air pada suhu 40 degrees selama 30 minit.


untuk menjawab soalan ini, berikan perhatian kepada perkataan yang telah cikgu gelapkan...kemudian cuba fikirkan kaitannya dengan tajuk enzim.

Terangkan mengapa surirumah itu melakukan langkah 1 dan langkah 2?

- Kepingan daging bermaksud surirumah tersebut menghiris daging tersebut terlebih dahulu....fikirkan kaitannya dengan JLP (JUMLAH LUAS PERMUKAAN)
-Hirisan betik muda -fikirkan kaitan kandungan enzim yang terdapat dalam betik
-Air pada suhu 40 -kaitannya dengan suhu optimum bagi tindakan enzim yang maksimum

Sebelum cikgu berikan jawapan, mari kita lihat dahulu petua orang-orang lama bagaimana mahu melembutkan daging....

Daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara. Sebelum anda perap atau rebus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air di dalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yang  lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
1.  Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging dan simpan selama 1 jam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah anda potong mengikut citarasa masing-masing.
2. Potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolehlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
3. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan ke dalamnya. Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati di sesetengah pasar raya.

Haa...ini jawapannya:
- Betik mengandungi enzim papaian atau protease.
- cebisan dan kepingan daging serta betik muda menambahkan jumlah luas permukaan per isipadu
- untuk meningkatkan tindak balas enzim
-protease akan melembutkan daging
-direndam dalam air bersuhu 40 degrees kerana suhu tersebut adalah suhu optimum bagi tindak balas enzim

2 comments:

  1. oo. terima kasih berkongsi.
    Kat rumah saya, biasanya kami rebus dengan buah betik.

    ReplyDelete
  2. sangat membantu para pelajar yg berada di tingkatan 4 , terima kasihh banyak²

    ReplyDelete