Monday, August 6, 2012

Sains Forensik...anda berminat??

Dulu, sewaktu menuntut di matrikulasi sains USM, ada bercita-cita nak masuk course Sains Forensik...masa tu pengaruh Ejen Scully X-Files sangat kuat...kalau sekarang ni CSI pulak yang memaparkan cerita betapa rumitnya prosedur yang harus dilalui oleh seorang ahli forensik...Sedikit maklumat mengenai Sains Forensik:
sesuatu yang unik mengenai bidang ini ialah ia melibatkan banyak ilmu sains terutama Biologi, Kimia, Fizik dan Teknologi Maklumat. Kini, Sains Forensik telah diperluas kepada ilmu sains sosial, perakaunan dan ekonomi. secara umumnya, tujuan utama bidang berkenaan ialah untuk mencari bukti dan kenyataan di sebalik sesuatu kes. teori forensik boleh dibahagikan kepada dua iaitu sentuhan dan individualistik.



Syarat-syarat kemasukan ke bidang sains forensik di Universiti Sains Malaysia (USM)

Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon; 
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00. 
(Sertakan transkrip akademik daripada semester satu hingga semester akhir)

ATAU

Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

ATAU

Bagi calon lepasan STPM tahun 2011 atau sebelumnya: 

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00
DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: 

• Pengajian Am 
• Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: 

  1. Biology
  2. Physics
  3. Chemistry
  4. Mathematics T / Further Mathematics T

ATAU 

Bagi calon lepasan Matrikulasi / Asasi tahun 2011 atau sebelumnya:
Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.

DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: 
  1. Biology
  2. Physics
  3. Chemistry
  4. Mathematics





No comments:

Post a Comment