Monday, August 13, 2012

Pencemaran....Oh...Pencemaran....Apalah Nasib Bumi

Sebelum kita ketahui jenis dan sebab kenapa berlaku pencemaran, jom kita lihat dahulu keadaan bumi kita yang semakin tenat....


Apakah pencemaran?
Pencemaran ialah perubahan sifat fizik,kimia, biologi, terma atau penyinaran dalam alam sekitar yang mengganggu , merosakkan dan menjejaskan kesihatan, keselamatan dan kebajikan menusia atau organisma lain.
Kenapa berlaku perubahan sifat fizik, kimia, biologi dan terma????
Hal ini adalah kerana pengeluaran, pembuangan dan pengumpulan bahan pencemar dalam alam sekitar akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab manusia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat dua jenis bahan pencemar iaitu bahan pencemar yang boleh diuraikan seperti sisa organik macam kayu reput. Manakala bahan pencemar yang tidak boleh diuraikan adalah seperti plastik dan logam berat. Macam lampin buang bayi memang tidak akan terurai....hehe...
Terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan pencemaran terma....
Nantikan pendedahan seterusnya untuk setiap pencemaran....cee wah, macam Karam Singh Walia dah ni....




No comments:

Post a Comment