Wednesday, August 15, 2012

Biji benih Viviparus



Biji Benih Viviparus

Salah satu masalah yang dihadapi oleh pokok bakau ialah biji benih yang jatuh akan tenggelam dan mati di dalam tanah yang lembut yang bertakung air.
Sebelum anda membaca lebih lanjut, apa kata jika cikgu terangkan dahulu mengenai pokok bakau...

Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung.Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.

Sambunga Penerangan mengenai Biji Benih Viviparus.

Biji benih Viviparus ialah biji benih yang bercambah semasa masih melekat pada pokok induk. Biji benih ini mempunyai radikel yang panjang dan meruncing seperti tombak.
Biji benih yang jatuh ke atas tanah akan terpacak di atas tanah lembut. Ini mengelakkan biji benih daripada tenggelam ke dalam lumpur dan dihanyutkan ke laut semasa pasang surut air laut. Peluang untuk biji benih ini tumbuh akan meningkat.
Percambahan biji benih semasa masih melekat pada pokok induk bermakna anak benih boleh mendapatkan oksigen dengan mudah dari atmosfera.

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
  • Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.
  • Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
  • Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
  • Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
  • Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

No comments:

Post a Comment