Monday, August 13, 2012

Pencemaran Air. Bagaimana ia boleh berlaku

PENCEMARAN AIR
-Ia berpunca daripada pembuangan bahan buangan ke dalam sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan sungai sehingga menjadikan sumber air ini tidak lagi sesuai untuk kehidupan organisma akuatik seperti ikan, udang, tumbuhan akuatik dan sebagainya. Air ini juga tidak sesuai untuk kegunaan manusia kerana akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Apakah bahan yang mencemarkan air?

  • Bahan buangan domestik seperti sampah sarap, bahan kumbahan dan bahan cucian dari rumah, pejabat. Ia terdiri daripada kumbahan yang tidak dirawat terdiri daripada tinja manusia dan bahan buangan domestik. Bahan pepejal yang terampai ini akan menyebabkan cahaya tidak dapat menembusi ke dalam air. Bilangan mikroorganisma bertambah menyebabkan oksigen terlarut makin berkurangan. Bau dan warna air juga akan berubah. Detergen atau bahan pencuci akan menghasilkan buih yang banyak lalu mengurangkan kandungan oksigen untuk organisma akuatik.
  • Bahan buangan industri/kilang seperti bahan-bahan kimia dan logam-logam berat. Contoh kuprum, merkuri, zink dan kromium. Merkuri menyebabkan kerosakan sistem saraf dalam manusia.
  • Bahan buangan pertanian seperti sisa-sisa baja organik dan baja kimia (baja nitrat dan baja fosfat)-ini boleh menyebabkan eutrofikasi dan racun (pestisid, herbisid)-ini boleh menyebabkan kesan toksik terhadap organisma yang meminumnya. Bahan kimia juga akan memusnahkan fitoplankton dan zooplankton yang merupakan makanan asas bagi organisma akuatik. Lalu menyebabkan rantai makanan terganggu. Kajian menunjukkan bahawa pestisid dalam air yang diminum menyebabkan bilangan sperma yang rendah, kecacatan lahir dan sukar untuk mengandung.
  • Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak
Sign of the Times

No comments:

Post a Comment