Friday, August 24, 2012

Persiapan Menghadapi Peperiksaan

Amalan sebelum tiba hari peperiksaan:

- Melakukan amalan-amalan fardhu dengan sempurna dan ikhlas serta banyak melakukan amalan-amalan sunat
-Selalu meminta keredhaan dan doa daripada ibu bapa dan guru
-Melakukan solat hajat. Sebaik-baiknya dilakukan selama 40 hari sebelum tibanya tarikh peperiksaan, ketika hari peperiksaan dan setelah selesai peperiksaan... Kekalkan amalan solat hajat ini sehinggalah keluar keputusan. Selalulah membaca selawat ke atas Nabi s.a.w semasa anda berjalan mahu ke sekolah, ke kantin, sementara menunggu guru datang daripada anda berborak kosong dan mengumpat.....


ketika keputusan sudah diterima....anda harus menerima keputusan dengan redha. 

Sekiranya cemerlang dan memuaskan hati, sujudlah syukur ke hadrat Ilahi





sekiranya gagal, bersabarlah dan berusaha lagi....sesungguhnya kegagalan merupakan titik kejayaan dan pengajaran


dalam mencari ilmu, kita diumpamakan seperti mendaki gunung...

 ada orang dengan mudah mendaki gunung dan sampai ke kemuncaknya....
ada orang yang terpaksa berjalan perlahan-lahan namun sampai juga ke kemuncaknya
dan ada orang yang terpaksa merangkak namun sampai jua ke kemuncaknya cuma agak perlahan....
tapi janganlah anda menjadi orang yang melihat tingginya gunung anda sudahpun tidak mahu langsung berusaha....



1 comment: